Sunday, July 27, 2008

SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION WILL IMPROVES dll.

Perkara di bawah ini adalah menyalahi syara' dan HARAM disebarkan.. .

1 . Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman Allah: "....Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan. .."

2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu menyalahi syara' (hukum Allah). Cthnya: Kita disuruh berusaha mencari rezeki TETAPI janganlah mencuri @ merompak @ peras ugut. Demikianlah dalam perkara ini, kita disuruh berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.

3 . Apa yang membimbangkan ialah kalimah "SEND THIS KALIMAT TO 12
NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI.MEMANG ANEH TAPI NYATA ...... dah ada tuhan lain ke yang makbulkan doa kita??? ...suatu kalimah yang membawa kepada fahaman 'khurafat' dan 'syirik'.

4. Oleh itu, sila hentikan 'kerja yang tidak berfaedah ini'. Jangan menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.

Firman Allah :
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya. "(Surah
Al-Isra': 36)

Sekian.
NOR RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.

No comments:

Post a Comment