Sunday, June 27, 2010

Beza Wang Pos dan Kiriman Wang

Selama ni aku xtaupun bayaran wang pos lagi murah daripada kiriman wang untuk jumlah nilai wang yang sama bawah nilai RM100. So, untuk korang yang nak tau juga, keep on reading.


Perbezaan antara Wang pos Malaysia dengan Kiriman wang.
Wang Pos Malaysia

  • Wang pos Malaysia sesuai digunakan untuk mengirimkan jumlah wang yang kecil ke mana-mana tempat di Malaysia.
  • Wang pos dijual mengikut nilai yang tetap, Tetapi nilai wang pos boleh ditambah dengan melekatkan setem mengikut nilai yang diperlukan.
  • Nilai minima wang pos yang dijual ialah 50 sen.
  • Nilai maksima wang pos yang dijual ialah RM 100.
  • Pejabat pos pembayar tidak mengetahui siapa pengirim dan penerima kerana pengirim tidak perlu mengisi borang.
  • Wang pos laku selama enam bulan dan selepas tempoh itu boeh diguna semula dengan syarat melekatkan setem sebagai bayaran komisen.
Kiriman Wang

  • Kiriman wang sesuai digunakan untuk mengirimkan jumlah wang yang banyak di dalam negeri dan di luar negeri.
  • Kiriman wang tiada pecahan nilai yang tetap, iaitu sebarang jumlah boleh dikirim tetapi tidak melebihi RM 1000.
  • Nilai maksima kiriman wang ialah RM 1000.
  • Kiriman wang tidak mempunyai nilai minimum.
  • Pejabat pos pembayar akan mengetahui terlebih dahulu siapa pengirim dan penerima kerana pengirim perlu mengisi satu borang.
  • Kiriman wang laku selama tiga bulan sahaja dan tidak boeh lagi digunakan selepas tempoh tersebut.

13 comments:

  1. oo tq2. minggu lepas berurusan dgn kaunter pos, jadi konfius sebab tak tahu.

    ReplyDelete
  2. Klau nk guna kiriman wang biasa cm mne? Kne letak dlm sampul dulu ke

    ReplyDelete
  3. what can i do if Kiriman Wang had expired?

    ReplyDelete
  4. maklumat terkini : http://www.pos.com.my/bm/pejabat-pos/perkhidmatan-kewangan/?kiriman-wang

    Nota: Nilai Maksimum kiriman wang ialah RM 10,000.00

    ReplyDelete
  5. macam mana cara nak buat money order? pembayaran perlu buat di mana?

    ReplyDelete
  6. macam mana cara nak buat money order? pembayaran perlu buat di mana?

    ReplyDelete
  7. Ada siapa2 disini boleh bantu saya tunaikan kiriman wang yg atas nama penerima lain... ada ganjaran.

    ReplyDelete
  8. Boleh ke kita pos duit ke luar negara

    ReplyDelete
  9. Wang pos dah tamat tempoh 3 bln,boleh ke refund semula wang tu

    ReplyDelete
  10. Wang pos saya hilang.. pergi ke pejabat pos diorang x layan... Diorng nk jgak Wang pos yg " hilang" tu... Soalan saya.mmg X boleh ke refund balik bila Wang pos dah hilang? Dan klau boleh bagaimana caranya?..tq

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum nk tanya buat kiriman wang tu mcm mana ye? Kena pergi pejabat pos ke?

    ReplyDelete